Sama seperti tahun lepas, pro-mahasiswa terkena lagi. Kelayakan mereka pada tahun kali neh terbatal lagi. Kenapa terbatal dan kenapa sampai 10 orang yang terbatal sekaligus? Dengar citer atas alasan PRO-M berkempen secara berkumpulan dan ianya dah lari dari syarat-syarat berkempen. Kenapa tidak warning ketika kempen tersebut berlangsung dan kenapa mesti membatalkan kelayakan selepas mereka menang? Adakah ketika berkempen ia takpe berbuat demikian dan apabila di dapati bahawa mereka menang barulah tarik kemenangan mereka [andaian bahawa mereka langgar syarat berkempen]?
Tengok kelicikan pentadbiran UPM. Aku rasa tak puas ahti sungguh. Aku bukan nak tuduh. Tak berani aku. Apatah lagi kalau tiada bukti [kalau korang ada bukti, email aku
orderonline2010@gmail.com]. Cuma aku rasa geram. Bukan nya mereka menang banyak. Cuma 11 kerusi je daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.
Pro-aspirasi masih lagi menang kat sana. Masih lagi major kemenangan mereka. Aku tak percaya yang pro-aspirasi tak berkempen secara berkumpulan [persepsi aku]. Apa yang aku tahu, satu calon mahasiswa dipertahankan kelayakan dia atas sebab dia menang tanpa bertanding sebab tiada calon yang melawan dia.
Apa yang aku lihat juga, pentadbiran UPM seolah-olah mahu menyekat akses penguasaan pro-mahasiswa kat sana. Aku rasa mereka patut faham. Lagi kuat asakan manusia terhadap manusia yang lain, lagi kuat keazaman yang akan timbul. Lama-kelamaan orang akan jadi benci dan meluat. Siyes.
Memang aku bersetuju, mahasiswa tak patut berpolitik sehingga menjejaskan pelajaran mereka. Tetapi untuk itu kerajaan patut lebih adil. Bukan sahaja mereka tak boleh berpolitik dengan menyokong pembangkang, mereka juga tak patut berpolitik untuk menyokong kerajaan. Kerana menyokong politik kerajaan ataupun pembangkang kedua-duanya masuk dalam aspek politik.
Kalau benda semudah ini kita melihat ketidaktelusan dalam pentadbiran, apa lah yang boleh kita harapkan pada perkara yang lebih besar?
Berhentilah main propa.