Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.myIKUT MINAT...ibu bapa jangan memaksa anak untuk mengikut telunjuk semata-mata demi kepuasan peribadi, biarkan mereka memilih haluan sendiri asalkan mampu memberi kebaikan.
SEJAK sekian lama, kita sering disogokkan kepentingan pencapaian akademik bagi menilai kemampuan individu hingga lupa kehendak dunia semakin kompetitif dan selektif.
Jika tertera cemerlang cerahlah masa depan, namun jika sebaliknya, mereka dilemparkan pelbagai tanggapan negatif.
Bagaimanapun, selari perubahan masa serta keperluan pendidikan global, pencapaian akademik bukan lagi ukuran utama sebaliknya perlu disokong aspek modal insan serta kemahiran diri.
Gabungan dua aspek ini mampu melahirkan golongan graduan mantap pencapaian akademiknya malah berdaya saing, inovatif serta berani menongkah arus dunia pekerjaan yang mencabar.Bagaimanapun, selari perubahan masa serta keperluan pendidikan global, pencapaian akademik bukan lagi ukuran utama sebaliknya perlu disokong aspek modal insan serta kemahiran diri.
Gabungan dua aspek ini mampu melahirkan golongan graduan mantap pencapaian akademiknya malah berdaya saing, inovatif serta berani menongkah arus dunia pekerjaan yang mencabar.
Malangnya, masih ada yang enggan menerima persepsi itu walaupun tahu kepentingannya.
Yang teguh di fikiran mereka hanyalah penilaian kejayaan perlu bersandarkan akademik.
Justeru, timbul persoalan, selama manakah kita harus mempertaruhkan pencapaian akademik dalam membangunkan nilai komersil �pendidikan untuk masa depan?
Presiden Management and Science University (MSU), �Profesor Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid, berkata sebagai sebuah masyarakat yang kini memasuki era perubahan global, perlu menilai kejayaan daripada pelbagai �sudut supaya mampu mencakupi keperluan yang diperlukan negara.
Beliau berkata, dengan hanya memberi tumpuan pada satu aspek, keberhasilan melahirkan golongan individu berjaya bakal menghadapi jalan sukar kerana kebergantungan diletakkan pada aspek tertentu.
Malah, selaras dengan gagasan Model Ekonomi Baru (MEB), peranan institusi �pengajian tinggi tidak terhad kepada pembinaan generasi cemerlang akademik saja sebaliknya berteraskan �perkembangan inovasi, �kreativiti dan penjanaan nilai tinggi bagi melonjakkan ekonomi Malaysia bersaing menjadi negara maju.
“Dalam melaksanakan pencapaian kejayaan, konteks itu perlu dilihat secara menyeluruh, bukan kepada aspek sedia ada. Akademik penting tapi dunia pendidikan kini memerlukan momentum pendidikan baru.
“Akademik bukan lagi dilihat sebagai pengiktirafan utama, ia perlu mempunyai sokongan lain yang boleh memantapkan peluang graduan itu diterima di kalangan pesaing.
“Masyarakat perlu menyedari, pendidikan hari ini dalam frasa perubahan sangat pantas. Banyak yang bakal diambil kira; pencapaian, modal insan, keberhasilan diri dalam melaksanakan tugasan dan kemahiran diri bagi mengiktiraf kejayaan graduan,” katanya.
Pengenalan modal insan yang diterapkan kerajaan hampir sedekad lalu dilihat sebagai asas dan tindakan proaktif pelbagai pihak untuk menyaingi keperluan dunia pekerjaan bertaraf global.
Dengan tidak hanya menjadikan pencapaian akademik sebagai pengukur utama, kepelbagaian aspek diterapkan secara berperingkat bertujuan mengubah pandangan masyarakat agar mementingkan keperluan lain yang diperlukan industri.
Menurutnya, dengan memberi penekanan terhadap aspek itu, graduan bukan saja bakal diperakui kerana pencapaian akademik malah sokongan pencapaian lain.
Malah katanya, ia adil bagi mereka yang tidak mempunyai pencapaian akademik yang baik namun mempunyai kemahiran tertentu diperlukan industri.
“Dalam menilai ukuran kemampuan dan kejayaan graduan, selalunya masyarakat terlupa ada beberapa faktor yang tidak memungkinkan graduan berkenaan keluar dengan keputusan akademik cemerlang.
“Bagaimanapun, mereka mempunyai kelebihan dalam aspek lain, antaranya kemahiran berbentuk praktikal. Ini juga satu pencapaian kerana turut dicari pihak industri.
“Dalam usaha merealisasikan impian negara maju, semua aspek dianggap penting kerana bertujuan melengkapi kekurangan antara satu sama lain.
“Institusi pendidikan negara sebagai wadah sumber tenaga kerja perlu akur dan bersedia menghadapi perubahan ini,” katanya.
Katanya, institusi pendidikan perlu peka dan berubah untuk membantu ‘menyelamatkan’ graduan daripada ditimpa masalah ini.
“Masyarakat terutama ibu bapa juga perlu bertindak dan membuka minda. Jika anak tidak cemerlang dalam �akademik, jangan kecewa kerana mungkin ada kemahiran lain.
“Persepsi dan minda perlu diubah kerana matlamat sistem pendidikan hari ini untuk melahirkan insan berilmu dan ilmu itu sendiri tidak hanya akademik malah merangkumi banyak aspek,” katanya.
Beliau menggesa mahasiswa menggunakan peluang diberikan institusi untuk melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan global.
“Mahasiswa perlu melihat setiap program kemahiran dan modal insan itu peluang keemasan yang boleh �dimanfaatkan pada masa depan.
“Bagaimanapun, kepentingannya diperlukan ketika memasuki alam pekerjaan. Perbezaan antara mahasiswa yang hanya bersandarkan akademik dengan kemahiran jauh berbeza.
“Majikan hari ini mempunyai banyak kelebihan memilih pekerja, jika tidak mampu mengikut ‘rentak’ pasaran, masa depan boleh kelam meskipun mempunyai deretan kelayakan,” katanya.
MSU sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi terunggul negara turut menekankan kepentingan modal insan dalam modul pendidikan serta diri pelajarnya.
“Ini sebagai elemen �pendidikan terkini kerana MSU percaya, kejayaan graduan bukan hanya akan dinilai melalui pencapaian �akademik semata-mata malah juga aspek kemampuan diri dalam memperkasakan modal insan.
“Ternyata pendekatan ini menghasilkan kejayaan optimum kepada graduan kerana berdasarkan soal selidik, 95 peratus diterima bekerja selepas enam bulan tamat pengajian kerana majikan yakin tahap kebolehpasaran mereka,” katanya.