Berikutan usaha kerajaan yang ingin mengawal internet, Laman Facebook popular yang menentang pembinaan Menara Warisan setinggi 100 tingkat, kini mengalihkan fokus kempennya kepada membantah cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).
Hari ini, laman tersebut melancarkan protes baru di talian untuk tempoh dua minggu mulai hari.
Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
Sama-sama kita menunjukkan bantahan terhadap usaha kerajaan untuk menyekat maklumat yang menggugat mereka di internet! Jangan biarkan hak kebebasan maklumat internet kita dinafikan! Sila gunakan gambar bantahan di atas [gambar] sebagai tanda sokongan di profile facebook anda selama dua minggu dari hari ini.
Ayuh kita lakukan demonstrasi online secara besar-besaran, kawalan internet melindungi anda dari perkara sebenar! Jangan biarkan ia berlaku!!!
klik di bawah untuk keterangan lanjut.
Malaysia hari ini !!