07/02/2011 6:08pm
KANGAR, 7 Feb. - Siasatan kes seorang kanak-kanak, Anis Syafiah Mohd. Shukri, 2, yang dikatakan menjadi mangsa dera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Repoh dekat sini bulan lalu telah selesai, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt. Mohd. Nashir Ya hari ini.
Katanya, kes itu telah disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Mohd. Nashir mengulas laporan Bernama berhubung kes seorang juruteknik yang mahu polis menyiasat semula kes itu kerana mengsyaki anak perempuannya itu didera.
Mohd. Shukri Soid, 31, dari Jejawi dekat sini mendakwa anaknya mengalami kecederaan dan melecur pada bahagian kemaluan serta kedua-dua pahanya. - Bernama