yie Game Master
Posts : 71 Join date : 21/01/2011
| Subject: [Kesihatan]Kawal Peningkatan Kolesterol Secara Semula Jadi Sat Feb 05, 2011 3:51 am | |
| Kawal Peningkatan Kolesterol Secara Semula Jadi
Kolesterol adalah sebatian lemak yang diperlukan untuk pelbagai fungsi seperti membentuk dan memelihara membran, menghasilkan hormon seks, mencerna lemak dan sebagainya.
Antara 80 hingga 90 peratus daripada kolesterol dihasilkan oleh hati, manakala selebihnya diperoleh melalui diet. Masalah peningkatan kolesterol hanya berlaku apabila penghasilan kolesterol, terutamanya kolesterol-LDL (Low Density Lipoprotein) berlaku secara berlebihan dan tidak dapat dikumuhkan dan badan.
Faktor pemakanan memainkan peranan yang besar yang menyumbang kepada peningkatan kolesterol. Dengan itu, berhati-hatilah dalam memilih makanan yang kita ambil terutamanya pada musim perayaan, yang mana kita banyak mengunjungi jamuan hari raya dan rumah terbuka yang menyajikan hidangan yang menyelerakan.
Plak atau mendapan kolesterol dan sebatian lain yang mendap akan mengeras dan menebal, ini akan menyebabkan pengerasan dinding arteri. Peningkatan mendapan akan menyempitkan saluran arteri lalu menghalang aliran darah ke jantung dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung dan risiko strok.
Kajian mendapati guggulipid, iaitu bahan yang diekstrak daripada tumbuhan herba Commiphora Mukul berkesan untuk menurunkan paras kolesterol dan lemak badan. Bahan aktif Guggulsterone bertindak meningkatkan penyingkiran kolesterol dalam hati, merangsang fungsi kelenjar tiroid yang terbabit dalam menurunkan kolesterol dan meningkatkan pembakaran lemak dalam tubuh.
Berdasarkan mekanisme inilah, pengambilan guggulipid turut memberikan kesan positif kepada penurunan berat badan. Selain itu, guggulipid juga telah digunakan sekian lama untuk meringankan masalah keradangan sendi serta mengurangkan ketidakselesaan sendi kerana bahan aktifnya iaitu guggulsterone didapati boleh mengurangkan keradangan akibat antritis.
Pengambilan guggulipid adalah sangat sesuai di kalangan mereka yang ingin mengekalkan paras kolesterol yang sihat. Di samping itu, ia mempunyai paras kolesterol pada paras sempadan.
Bagi mereka yang mengalami peningkatan paras kolesterol yang agak tinggi dan ingin mencuba remedi herba, pengambilan red yeast rice didapati boleh membantu.
Red yeast rice yang dihasilkan secara penapaian beras dengan sejenis yis dapat merencatkan aktiviti enzim hydroxymethyglutary coenzim A (HMG—CoA) reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol, lalu mengehadkan penghasilan kolesterol dalam tubuh.
Berdasarkan kajian yang dibuat di Los Angeles ke atas 83 individu yang sihat,hasilnya menunjukkan penurunan yang ketara terhadap kolesterol total, kolesterol LDL dan paras total trigliserida.
Red yeast rice mendapat pengiktirafan di Amerika Syarikat sebagai agen untuk menurunkan kolesterol. Selain itu, ia membantu meningkatkan pengaliran darah dan membantu sistem penghadaman.
|
|