(Team Hanyut)
Welcome To Hanyut Forum!!
where we can Download Till the End or Die


Welcome to Hanyut Community . Is a place for those who love to download. Download Till we no longer Suffered from being Bored.
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat datang ke komuniti Hanyut , hahaha . Harap anda Gembira berada di sini!!
Welcome to Hanyut Community . Hope you feel happy hangout here
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 32 on Wed Jan 26, 2011 8:46 pm
Top posters
Admin
 
yie
 
animeseikou
 
dai
 
razi91
 
boyabuaya
 
ranting
 
virus
 
Luminaire
 
Mueez
 
widget
free counters
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
eXTReMe Tracker

Share | 
 

 [BERITA UTAMA] Penyanyi 90-an ditangkap

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
yie
Game Master
avatar

Posts : 71
Join date : 21/01/2011

PostSubject: [BERITA UTAMA] Penyanyi 90-an ditangkap   Fri Feb 04, 2011 5:20 am

Penyanyi 90-an ditangkap lagi

Oleh Ahmad Saufi Mansor
opie@hmetro.com.my


TAHAN REMAN...penyanyi (kanan) dan pasangannya (bertudung) dibawa keluar dari mahkamah, semalam.

MELAKA: Seorang penyanyi kumpulan popular sekitar 90-an sekali lagi ditahan polis kerana disyaki memiliki sejumlah dadah dalam serbuan ke bilik penginapannya di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, Bandar Hilir, dekat sini, kelmarin.

Dalam serbuan Ops Tapis kira-kira jam 5.20 petang itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri turut menahan seorang wanita berusia 40 tahun dipercayai isteri kepada penyanyi berkenaan.

Sumber berkata, polis yang menerima maklumat berhubung kegiatan penyanyi berusia 40-an itu melakukan intipan sebelum menyerbu bilik hotel berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, anggota polis mengetuk pintu bilik yang dihuni pasangan terbabit sebelum seorang wanita membukanya dan polis masuk membuat pemeriksaan.

“Sebaik anggota polis memasuki bilik, penyanyi terbabit duduk di atas kerusi dan pemeriksaan pada tubuhnya, tidak menemui sebarang bahan terlarang.

“Pemeriksaan lanjut menemui satu ketulan daun kering dipercayai ganja, empat peket lutsinar mengandungi syabu dan empat peket lutsinar berisi ganja dalam beg di dalam bilik mereka.
Malah, saringan awal ujian air kencing mendapati penyanyi itu positif dadah jenis methapetamin manakala isterinya negatif ujian itu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anak kepada pasangan terbabit yang turut berada dalam bilik berkenaan diserahkan kepada waris keluarganya.

Katanya, setakat ini polis sudah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Ayer Keroh menahan reman pasangan terbabit selama tujuh hari sehingga Selasa depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara tu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Jaafar Mat ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas penyanyi lelaki terbabit.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Pada masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut ke atas pasangan berkenaan berhubung kesalahan memiliki dadah, selain kesalahan memasukkan dadah dalam badan,” katanya.

Sementara itu, penyanyi berkenaan hanya selamba apabila jurugambar merakamkan wajahnya yang berjalan keluar menuju ke trak polis selepas permohonan reman diperoleh daripada mahkamah, malah sempat meminta beberapa batang rokok daripada beberapa lelaki dipercayai saudara maranya.

Pada September tahun lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur memerintahkan penyanyi itu membela diri terhadap tuduhan memasukkan ganja ke tubuhnya pada 2 April 2010.

Selain kes dadah, dia berdepan satu lagi kes mahkamah apabila bekas isterinya memfailkan tuntutan nafkah anak mereka yang dikatakan tidak dijelaskannya.

Back to top Go down
View user profile
 

[BERITA UTAMA] Penyanyi 90-an ditangkap

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
(Team Hanyut) :: Discussion and Community Zone :: News Paper :: Malays-
Jump to: